Saturday, July 6, 2013

kisah saya...seorang bonda.

Assalamualaikum wbth..

Sudah berapa bulan saya tak ‘menjenguk’ diary ni…my baby pom sudah besar.hensem lagi.tapi apa yg perlu diingat, anak saya tiada bersama saya..kami terpaksa berpisah buat sementara waktu. Juga bersama suami tersayang yang sedang menabur bakti di benta kuala lipis Pahang..saya pula sudah dapat menyesuaikan diri di SMA Bandar Tenggara, Kulaijaya Johor. Luaskan kuasamu…..luas2 pom kalah juga ngan TRW minggu lepas.gomo klate gomo…tp adat pertandingan kn.

Nampaknya panjang lebar sy melalut ni..maklumlah lama tak ‘jumpa’ ngan diari ni.tak apa2..blog sy kn. Yup, itu pengorbanan saya bersama suami dan my little hero, thaqif. Bila sy pikir balik..anak sy sememangnya diuji sejak dalam kandungan lagi…pertama, thaqif telah berpuasa masa 5 bulan dalam kandungan n anak sy seorang yang kuat.kerana apa??? Kerana saya dapat berpuasa dengan baik. Kedua, saya terpaksa bersalin awal kerana air ketuban pecah awal…Alhamdulillah baby sy selamat walaupun terpaksa berpuasa sebaik sahaja dilahirkan selama 4 hari….Allah memberikan keajaiban kepada baby kecil itu……dugaan itu berpanjangan sehinggalah hari ini iaitu thaqif terpaksa berjauhan dengan abah n bondanya.Jumpa hanya masa cuti sekolah je…tapi tak apa..Allah sedang menguji sy sekeluarga.

Sekarang saya sudah bergelar seorang guru BM di sekolah agama di negeri Johor Darul Takzim…jauh sy ‘dicampakkan’….ini rezeki sy,sy redha. My encik suami sy pula di SMK Benta.Kuala Lipis…penantian sya selama ini sudah membuahkan hasil…syukur Ya Rabb. Kerana saya mampu membalas jasa mak n ayah walaupun sy tahu ia x seberapa sekiranya diukur dengan jasa mereka mendidik sy dahulu..
Cukup setakat ini dulu…nant sambung lagi


Wassalam J

ini keluarga saya :)

rindu kalian :)

my baby muka cuak dah..mis u cyg bonda :)

my soul :)


No comments:

Post a Comment