Tuesday, January 18, 2011

Dalam Sajak Ada Lagu...

SALAM
Dalam diam aku mencintaimu
Selama ini kau sentiasa dalam anganku
adakah ia realiti atau fantasi
seakan umpama mimpi dalam mimpi pun ada
namun semusim berlalu
namamu kini jadi sebutan
sehingga lenaku diulit mimpi dan terbayang siang dan malam
mungkin aku sekadar mengulit kenangan
tanpa sebuah pertemuan
aku tak akan merakam satu hajat
sampai bila aku akan menanti satu ucapan keramat
“aku cinta padamu”
Bila hati dah sayang,semuanya jadi indah
Akan ku tanya sama hati adakah aku rela dicintai
Kan ku janji padamu bahawa kau kesayangan ku
Adakah kau setia padaku sepertimana aku setia padamu
Aku lah kekasihmu yang akan abadikan diri padamu
Asyik aku mencintai mu sehingga aku tersesat dalam rindu
sehingga rinduku tiada noktahnya
dan aku merinduimu tanpa kata
aku akan bersamamu dengan langkah seiringan
tapi lamunan ku akan terhenti pabila kita terpaksa berpisah
memang niat dihati tak nak berpisah walau tuk sementara
akan ku sapu air mata perpisahan ini
kerana ada orang kata cinta itu ketawa dan airmata
semoga cinta kita tabah harungi perpisahan ini
ingat aku dalam doamu
walaupun bulan berwarna biru
aku akan tetap menunggu ke pintu kasihmu
hanya segenggam setia aku persembahkan
mungkin kita sudah ditakdirkan jatuh cinta
demi cinta setia
akan ku pendam sebuah duka walaupun sendiri
kita akan saling merindu
walaupun terpaksa mengharungi badai asmara
semoga cinta kita sentiasa harum subur dihati
hari ini dan semalam adalah berbeza
andai dapat kuundur masa pasti ku tukar semalam menjadi hari ini
atas nama cinta aku akan sentiasa merisik rindu bersama ayat2 cinta kita
kerna aku tahu kita sentiasa dekat walaupun jauh
hanya padamu sayang
aku akan sentiasa menjaga hatimu
kerna aku tahu cinta kita hadir sebelum cahaya
dan kau tak akan menjadi kekasih gelapku
kerna kau jua adalah sandaran hatiku
walaupun dalam gerimis akan kuucap
salam sejahtera padamu sayang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

( Kepada syg sye..mungkin dye masih ingat sajak ini )
wassalam...

3 comments: