Friday, March 11, 2011

Musibah Dia...Astaghfirullahalazim...



salam....

masyarakat dunia pd hari ini digegarkan dengan bencana Tsunami yang melanda negara Jepun ( Sendai-sebuah kawasan pertanian ). Gegaran yang berskala 8.9 s.r. menyebabkan berlaku limpahan air dan ombak tsunami yang mencecah 10 meter. Dipercayai gelora yang berlaku di Lautan Pasifik turut menghanyutkan sebuah kapal yang membawa 100 orang penumpang. untuk penjelasan lanjut seperti keratan akhbar di bawah :

300 terkorban


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
pix_middle
TOKYO: Gempa paling kuat melanda Jepun semalam membentuk tsunami setinggi
 10 meter dan menghanyutkan rumah serta menolak kapal ke darat.Bencana terburuk 
dalam tempoh 300 tahun di Jepun itu turut mencetuskan kebakaran, termasuk di sebuah
 loji nuklear.
   
  • FotoMUSNAH...ada antara kenderaan awam rosak apabila terhumban ke dalam jurang akibat laluan di situ runtuh.
  • FotoTAK DAPAT DISELAMATKAN...runtuhan rumah dan kereta dihanyutkan ke laut selepas ombak besar melanda bandar Kesennuma.
  • FotoDUA KALI BENCANA...sebahagian daripada rumah di Natori terbakar selepas dilanda tsunami.

Sehingga malam tadi, sekurang-kurangnya 300 orang disenaraikan sebagai maut atau 
hilang akibat gempa bumi sekuat 8.9 magnitud itu.

Pakar seismologi Amerika Syarikat (AS) dan Jepun berkata, kejadian 
semalam adalah gegaran kelima paling dahsyat di seluruh dunia sejak 1900
 atau yang ketujuh dalam sejarah.Laporan menyatakan, ombak besar 
tercipta di Lautan Pasifik menghanyutkan sebuah kapal Jepun membawa 100 orang.



Lebih 300 rumah di bandar Ofunato turut musnah sama sekali. Ombak besar juga
 memusnahkan apa saja yang ada di laluannya, termasuk kapal kontena, kenderaan dan ladang.
Kerajaan berkata, gempa yang dapat dirasakan sehingga ke Beijing itu 
menyebabkan kerosakan besar-besaran. Di Sendai, imej televisyen menunjukkan 
ombak berlumpur bergerak ke darat pada kelajuan tinggi dan memusnahkan kawasan 
kediaman berhampiran Sungai Natori.

Pegawai kerajaan tempatan di Miyagi, Ken Hoshi berkata, dia tidak pernah melihat 
bencana seburuk itu.Di Tokyo, sejumlah kecederaan dilaporkan apabila bumbung 
bangunan dewan runtuh ketika majlis penganugerahan ijazah berlangsung.

Di ibu negara Jepun itu juga, asap dilihat berkepul-kepul di sekurang-
kurangnya 10 lokasi ketika penduduknya mengalami gangguan elektrik.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami menyeluruh
 sehingga ke Amerika Selatan, New Zealand dan Hawaii, menyebabkan 
pihak berkuasa mengarahkan orang ramai menjauhi pantai.

Pertubuhan Palang Merah pula mengingatkan, tsunami di antara empat 
dan 10 meter boleh menenggelamkan sebahagian daripada pulau yang ada 
di laluan ombak itu.

Sementara itu, kerajaan berkata, tiada sebarang kebocoran radiasi 
dikesan di loji nuklear di Onagawa walaupun ia terbakar.

Gempa pertama berlaku hanya kurang dari 400 meter ke timur laut Tokyo, 
diikuti lebih 40 gegaran susulan.

Satu daripadanya sekuat 7.1 magnitud.

Seorang pegawai kerajaan tempatan di Kurihara, Miyagi, berkata gegaran itu 
sangat kuat sehingga pekerja di situ terpaksa berpaut untuk mengelak daripada jatuh.

“Kami tak boleh keluar dari bangunan dengan segera kerana gegaran
 itu berterusan,” katanya.

Perdana Menteri, Naoto Kan, mengadakan mesyuarat tergempar sejurus
 selepas bencana itu berlaku dan kerajaan menghantar kapal tentera ke Miyagi 
untuk memberikan bantuan.Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang (
1.46 petang waktu Malaysia)
 selama dua minit. Bencana itu turut menyebabkan indeks pasaran saham 
Nikkei merudum, manakala nilai mata wang yen berbanding dolar AS terjejas teruk. - AFP


( sumber : 

No comments:

Post a Comment